Wednesday 2 March 2011

Bab 10: Suamiku Suri Rumah?



Kehidupan Hazim semakin sunyi. Tiada lagi kedengaran tangisan Aulia. Tiada lagi rengekan meminta susu. Rutin Hazim telah pun berubah. Hazim cuba mencari kerja. Setiap hari rutinnya adalah bersolat jemaah di masjid. Kereta Honda Civic Hazim telah diambil oleh Melida. Hazim kini menaiki kereta proton wiranya yang lama. Tidak mengapalah. Harta benda hanya sementara. Kecewa hati Hazim mengenangkan nasib kehidupannya. Melida telah pergi bersama cinta yang membahagiakannya.

*****

“Hazim, bonda dah lama di rumah ni...macam mana ayam itik bonda di kampung…”

“Tinggallah lama lagi kat sini…minta Kak Siti sebelah rumah tengok-tengokkan nanti…”

“Kak Siti dah lama meninggal, Hazim…”

“Innalilllahiwainnalillahirojiun…bila lagi…?”

“Tahun lepas…”

“Erm..kalau macam tu…nanti saya hantarkan bonda pulang ke kampung…”

“Tidak mengapalah, Zim…bonda boleh pulang sendiri…nanti rumah kamu siapa yang nak tengokkan pula…”

“Lagipun, dah lama Zim tak balik kampung bonda…”

“Kalau macam tu…ikut suka hatilah, Zim…”

“Lusa kita pulang…”

“Ya lah, nak…” Mak Engku hanya memandang Hazim sambil melipat baju yang diangkat diampaian petang tadi.

*****

Hazim bangkit dinihari lagi. Dia telah bertekad ingin memulakan kehidupan baru. Mahu lebih mesra bersama penduduk kampung. Jika dahulu, rumahlah tempat segala-galanya bagi Hazim. Kini, dia perlu melangkah keluar, mencari sinar baru.

Kebetulan, semalam surat jemputan untuk bergotong-royong di sekitar kampung. Hurm, nampaknya Hazim berpeluang untuk beramah-mesra dengan penduduk sekitarnya. Harapannya, dengan keluar bersama-sama penduduk kampung, hatinya yang remuk padam itu dapat terubat. Pagi itu, setelah menjamah dua biji donut, Hazim telah beransur ke wakaf tempat penduduk kampung berkumpul. Terbuka rasanya tempurung kepala Hazim apabila dapat bersama-sama mereka. Hari bergotong-royong di sekitar kampung termasuk kawasan perkuburan menjadi rutin penduduk di Kampung Semengka tiga bulan sekali. Apabila melihat kubur, hati mula menjadi insaf tentang kematian. Sesungguhnya, pengakhiran kehidupan di dunia ini setelah jasad dibaluti tanah.

Pada pagi itu, ketua kampung, Tok Ketua Dosuki memberi ucapan dan pembahagian tugas untuk membersihkan kawasan-kawasan sekitarnya. Lebih menarik apabila ada jamuan makan, golongan hawa masak-memasak dan kanak-kanak bertempiaran ke sana ke mari. Oh, baru rasanya hidup berjiran apabila kemeriahannya dapat dirasai. Mak Engku Teja hanya di rumah. Katanya sudah sakit lutut apabila turun naik tangga di rumah banglo besar Hazim itu. Nasib baiklah, rumah itu adalah nama Hazim. Jika tidak, Hazim hanya tinggal sehelai sepinggan. Melida tidak menuntut harta rumah tersebut walaupun Hazim memang berniat untuk membahagikannya.

Tangan Hazim menghayunkan sabit tanpa henti. Tercantas semak-samun dan lalang yang meliar. Tiba-tiba dalam asyik Hazim sedang mencantas lalang, Hazim tertoleh dua kali. Eh, perempuan ini lagi. Sudah dua kali rasanya berselisih dengan gadis ini. Hazim membiarkan hatinya berbicara tanpa didengari oleh sesiapapun.

“Encik, jemput ke kawasan khemah untuk minum…” Suara gadis itu kedengaran. Setelah sejam bertungkus-lumus, penduduk kampung dihidangkan dengan air teh dan kuih-muih.

“Oh, ya…terima kasih…sekejap lagi saya ke sana…” Hazim hanya melihat dan mata gadis itu tertunduk.

Akal budi bahasanya begitu tinggi. Beruntung Pak Imam mempunyai anak seperti gadis ini. Lebih-lebih pula aku memuji. Kenapa aku sahaja yang dia pelawa. Orang lain pun ramai lagi. Mungkin Pak Imam yang menyuruh dia memanggil aku. Maklumlah kekusyukan aku membuat kerja, aku hampir terlupa akan makan dan minum. Rupanya, aku seorang sahaja yang masih dibahang matahari. Mata-mata penduduk kampung hanya melihat aku yang begitu tekun menyabit lalang. Bau perencah gulai kawah hinggap dihidung. Golongan ibu-ibu sedang bertungkus-lumus menyediakan juadah untuk tengahari. Agak menyelerakan. Tiba-tiba Hazim mendapat mesej.

Saya mahu mengupah awak untuk menjaga Aulia.

Esok saya hantar Aulia.

Saya upah awak secara berbayar.

Mesej daripada Melida. Apalah sangat nilai duit jika ingin dibandingkan aku menjaga Aulia?Hazim hanya membalas pendek mesej yang diterima oleh Melida. Hatinya berbunga kembali dapat menjaga Aulia walaupun dia telah mengetahui Aulia bukanlah anaknya.

Assalamualaikum.

Baiklah.

*****

“Oh, begitu…rupanya….mana bekas suami puan?”

“Dia tidak hadir…kebetulan saya lalu di sini…alang-alang lalu, saya singgah untuk bertanya…”

“Pak Imam…adakah saya dalam kategori nus…nusss…”

“Nusyuz?”

“Ya…nusyuz…”

“Hurm…nusyuz itu adalah suatu tindakan oleh isteri yang dianggap menentang kehendak suami dengan tidak ada alas an munasabah mengikut hukum agama…”

“Contoh?” Ujar Melida dengan tanda tanya.

“Keluar rumah tanpa izin suami dengan tiada urusan mustahak, tidak mahu layan suami tanpa ada keuzuran, musafir tanpa izin suami, membantah perintah suami yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam, dan contoh lain apabila berpaling dari suami ( masam muka ). Dengan erti kata mudah..nusyuz ni maknanya ingkar…”

“Hurmmm….

“Kenapa bercerai…?”

“Saya ada teman lelaki…saya kahwin kerana terpaksa dengan bekas suami saya…suami saya jatuhkan talak dan saya bukan mengandung anak suami saya…anak orang lain…anak teman lelaki saya iaitu suami saya sekarang dan saya sudah lama tidak bersama suami saya dekat 11 bulan…adakah nikah saya dengan suami sekarang sah?”

“ Tempoh i’ddah biasanya 100 hari dengan tujuan memastikan isteri tidak hamil dengan bekas suami dan untuk mengelak daripada berlaku percampuran keturunan apabila isteri berkahwinan dengan lelaki lain. Maka, apabila puan juga tidak menggauli suami puan sudah lama, maka sah perkahwinan itu. Cuma Islam lakukan begitu kerana Islam itu indah…mahu kejelasan keturunan…khuatir Puan mengandung anak bekas suami...Hurm, Talaq terbahagi kepada dua pulak, Talaq raj‘i, iaitu talaq yang boleh dirujuk kembali tanpa perlu akad nikah iaitu ketika isteri dalam waktu ‘iddah (sebelum tiga kali suci daripada haidh). Keduanya, Talaq ba’in yang terbahagi kepada dua juga iaitu Ba’in sughra dan Ba’in Kubra.

“Apa tu?”

“Ba’in Sughra ialah talaq yang tidak boleh diruju‘ oleh suami kecuali diadakan akad nikah semula iaitu perceraian sama ada melalui fasakh, khul‘ atau talaq isteri yang belum disetubuhi. Keduanya, Ba’in kubra ialah talaq yang tidak boleh dirujuk kembali dengan cara biasa melainkan setelah syarat setelah selesai ‘iddah si isteri, bekas isteri berkahwin dengan suami lain, suami lain menyetubuhi bekas isteri itu dan berlaku perceraian, selesai ‘iddah dari suami yang lain itu.”

“Maknanya saya tidak boleh kembali pada suami yang asal dalam tempoh iddah sekarang la maknanya ustaz?”

“Ya lah…kan puan sudah ada suami lain…ada hati mahu kembali ker?”Pak Imam sengaja mengusik Melida kembali.

“Hesyyy…tak adalah Pak Imam…terima kasih la Pak Imam atas perkongsian dengan saya…”

Kerungsingan Melida terungkai. Sekurang-kurangnya apabila mengetahui perkahwinan dirinya dan Hafiz sah, hatinya tenang. Tapi, sepatutnya ada tempoh I’ddah…disebabkan aku tidak tahu…terus berkahwin…mungkin hikmah juga apabila aku tidak bermesraan selama dekat 11 bulan dengan Hazim…jika tidak mungkin akan ada dendaan padaku. Petang nanti mungkin aku boleh bawa Aulia berjumpa dengan Hazim. Aku upah Hazim, masalah aku akan selesai. Jaga budak kecil memang leceh!Huh!Ni dalam perut sorang lagi!Apa boleh buat, silap nafsu aku!

1 comment:

  1. bila nak sambung citer ni?
    dah lama sgt dok tunggu ni.

    ReplyDelete