Wednesday 2 March 2011

Bab 9: Suamiku Suri Rumah?



Melida terjaga daripada tidur. Hafiz masih nyenyak di sisinya. Jam menunjukkan pukul 4.00 pagi. Mereka berdua belum ada hubungan yang sah. Hafiz baru sahaja beberapa hari bertukar agama. Sepatutnya urusan perkahwinan mereka di Siam perlu diuruskan dengan cepat di negara ini tetapi seolah-olah masih dilengah-lengahkan. Selimut tebal diangkat.Melida mahu ke tandas. Oh, tiada seurat benang pun pada tubuh Melida. Bila pula Hafiz membuka pakaian aku ni?Aulia diletakkan di alas bawah. Mereka nyenyak di atas katil, anak pula hanya bertilam di bawah. Melida mengangkat selimut tebal dan dilihat Hafiz juga tiada seurat benang pada badannya. Melida hanya tersenyum. Begitulah kehidupan Melida apabila bersama-sama dengan Hafiz sebelum ini. Entah apa pandangan mereka terhadap dosa yang dilakukan. Mungkin halal semuanya bagi mereka. Mungkin Tuhan ingin melihat sejauhmana lakonan mereka dan beberapa hari yang lalu mereka sudah sah sebagai suami isteri. Suara tangisan Aulia mengejutkan Melida. Melida mencapai baju nipisnya yang terjatuh dibirai katil lalu dipakainya.

“Huh, menangis lagi budak ni!”Bentak Melida.

“Sayang….bisinglah…bawak budak tu keluar…I nak tidur ni!”Tiba-tiba Hafiz bersuara.

I don’t know what I need to do with youstop crying!”Tangan Melida menyentap Aulia dan Melida mendukung Aulia dengan rakusnya. Tangisan Aulia semakin kuat. Air hidung melekat di tangan Melida.

“Hish!Budak ni…eiiyarkk…kotor!”

Kedengaran suara Aulia menyebut babah dalam telornya sambil menangis. Hah?Budak ni dah pandai panggil babah?Babah tu Hazim ke?Tangisan Aulia semakin kuat. Susu budak ni dah habis!Susu dalam tin sudah kosong. Melida benar-benar tertekan!Mana nak cari susu pagi-pagi buta ni.

“Hafiz, tolong I carikan susu Aulia…” Suara Melida kedengaran di cuping telinga Hafiz.

“Pagi-pagi buta ni…nak cari susu kat mana?”

“I rasa di seven-eleven ada…”

“I mengantuklah. Give her brest feeding …!”

“Hah?You gila ker?Tak pernah I buat…”

“Ikut suka hati you lah…” Hafiz menyambung tidurnya. Dengkuran Hafiz kedengaran.

Tangisan Aulia semakin kuat. Mahu tidak mahu, Melida terpaksa memberi susu badan pada Aulia. Dah besar pun mahu menyusu lagi!Bentak hati Melida. Melida menyelak bajunya dan memberi Aulia menyusu. Aulia terdiam dan terkebil-kebil melihat Melida. Melida berkerut-kerut mukanya. Mungkin jika anak kecil itu pandai berkata-kata, inilah kali pertama aku menyusu susuan ibuku sendiri. Alah, kalau anak sendiri mahu menyusu berkira!Kalau badan diserah pada lelaki lain tidak berkira!Melida patut malu pada diri sendiri. Melida terus memangku Aulia. Cara menyusu pun begitu kekok. Aulia senyap dan terkebil-kebil. Melida bersila seperti sedang bertapa ketika menyusukan Aulia. Maklumlah kekok. Ketika menyusukan Aulia, Melida menatap wajah Aulia. Anak-beranak itu saling berpandangan. Mungkin Aulia tertanya-tanya adakah yang sedang menyusukannya itu ibu yang melahirkannya? Melida mula berfikir. Sejahat-jahat dan sekeras-keras hati seorang ibu, apabila menatap wajah anaknya, pasti timbul rasa keibuan. Benar bukan?Tangan Melida menggosok kepala Aulia. Anak kecil itu tersenyum.Eh…Eh…budak ni senyum kat aku…Dahi Melida berkerut-kerut. Kening kanannya terangkat. Aulia terkekek-kekek comel. Apa kena dengan budak ni gelak pada aku? Melida bangkit melihat cermin. Huh!Habis lipstik pada mulut aku comot. Aku tertidur selepas dikerjakan oleh Hafiz. Tidak perasan pula lipstik bertempek-tempek pada mulut aku ni. Melida mencapai tisu dan menyapu bibirnya bersih. Aulia terus disusukan sehingga anak kecil itu tertidur. Lenguh juga tangan. Dekat dua jam Aulia diriba oleh Melida. Lenguh sungguh bersila ala-ala bertapa ni.

“Hafiz, bangun sayang…nanti you nak pergi kerja kan…?”Melida menarik selimut Hafiz.

“Hurmmmm…” Jawapan singkat Hafiz.

“Bangunlah…!Nanti terlewat, you marahkan I…”

“I mengantuk lagi…”

“Dah pukul 6.30 dah ni…”

“Awal lagi lah…!”

Sejak bila pula aku pandai-pandai suruh orang bangun awal pagi ni?Teringat kenangan bersama Hazim. Sebelum ini, Hazimlah yang mengejutkan aku untuk pergi bekerja. Pada hari ini, aku terpaksa mengejutkan orang lain pula. Arghhh!Matikan kenangan aku bersama dengan Hazim. Cintaku hanyalah pada Micheal dan kini Micheal @Hafiz bergelar suamiku. Dialah cintaku hingga akhirnya. Melida terpandang pampers yang dipakai Aulia sudah basah. Malasnya nak tukar lampin budak ni, susah pulak tu. Biarkanlah! Melida ke tandas. Dipegang perutnya. Sudah membesar kandungannya. Melida terasa bahagia cuma rutin kehidupannya sudah mula berubah. Tidak mengapa, yang penting, cintaku, aku sanggup berkorban.

*****

“Kenapa you kejutkan I lambat?”

“Tadi I dah kejutkan you…tapi…you terlena….”

“Lain kali you kejutkan I awal…mana sarapan I?”

“Hah?Sarapan?”Melida terkejut dengan pertanyaan Hafiz.

“Yerlah…I nak sarapan sebelum pergi kerja…dah pukul 7.30 ni…cepat siapkan sarapan I”Hafiz menyuruh Melida menyiapkan sarapan.

“ I mana tahu masak!You ni…….!!!”

“Sekarang you wife I kan?You kena masak, uruskan semua hal rumah!”

“I pun kerja!”

“No way!Lepas ni you dah tak boleh kerja…tempat you adalah di rumah! Bermula sekarang you kena berhenti kerja…dan tugas you jaga anak di rumah…”

“Hah?You buat keputusan tanpa bincang dengan I…”

“Dah..pergi sediakan sarapan I…”Ujar Hafiz sambil memperkemaskan tie yang dipakainya.

Melida panas hati. Baru beberapa hari ada ikatan perkahwinan, Hafiz sudah berubah sikap. Sebelum ini, Hafiz menatangnya bagai minyak yang penuh. Melida tidak tahu memasak langsung. Melida membuka peti ais. Hanya ada jus oren dan roti. Tangannya mengambil roti dan menuangkan jus oren dalam gelas untuk Hafiz.

“Macam ni lah baru isteri I…”Ujar Hafiz sambil tangannya menggosok-gosok kepala Melida. Melida hanya mencebikkan bibir.

“Dulu you tak macam ni pun…”

“Dulu you bukan isteri I…sekarang you isteri I…you kena buat apa yang I suruh…you nak I sayang you kan…?”

“Hurm…mestilah…cinta kita dari dulu hingga sekarang….”

“Hurm…yes…cinta perlu ada pengorbanan…” Hafiz memeluk Melida.

Melida hanya tersenyum. Namun, Melida bakal kehilangan kerja dan hanya akan tinggal di rumah. Sebelum ini, ketika hidup bersama Hazim, Melida sibuk bekerja bagai tidak cukup tanah. Totally change! Melida perlu menjaga Aulia, memasak dan mengemas rumah seperti yang disuruh oleh Hafiz!Oh, tidak!!!Kerjaya yang aku bina dari dahulu, akhirnya aku akan kehilangannya. Kalau lah Hazim ada….Arghhh…bekas suamiku itu perlu terhapus dalam benakku. Hafiz mencium bibir Melida dan berlalu pergi. Hafiz memang romantik.

*****

“Hello, Mel…you tak datang kerja ker?Lama you cuti…” Suara Rini kedengaran di telefon.

“Hurm..I bercuti….”

“Penat jer I dengar suara you…are you okay?”

“I’m okay….Hurmm…Tini….my life totally change…hurmmm” Melida memang gemar bercerita pada Tini hal rumah tangga.

“Kenapa?”

“I dah berpisah dengan Hazim dan…I dah kahwin dengan Micheal…”

“Bila?”

“Baru lagi…”

“Eh, you baru divorce dengan Hazim, macam mana you boleh kahwin dengan cepat pulak dengan Micheal?”

“Tak boleh ker?I kahwin dekat Siam…”

“Setahu I, perkahwinan you kena lepas edah…baru boleh kahwin dengan orang lain…”

“So…?”

“Perkahwinan you mungkin tak sah…you kena rujuk pejabat agamalah…I pun tak pasti…tapi, setahu I you kena habis edah dulu…I lupa pulak berapa bulan kena habis edah…takkan you tak bagitahu imam bila you baru lepas cerai…”

“I tak bagitahu…Imam tu ingat I belum kahwin lagi kot…”

“Hishhhh..you nih…benda macam ni boleh buat main-main…tak sah setahu I selagi belum habis edah…dan you paham-paham lah..hidup tanpa sah ni…”

“Apa yang I kena buat?”

“You rujuk pejabat agama!So, papa you tahu tak?”

“Papa I marah I kahwin dengan Micheal…!Nama baru Micheal…is .. Hafiz”

“Oh, Hafiz…Apa-apa hal, you rujuklah pejabat agama secepat yang mungkin…I ada klien sekarang…bye!Nanti kita jumpa…”

“Okay, Thanks…bye!” Melida menggaru-garu kepalanya.

Ingatkan, perkahwinan mereka sudah sah. Rupanya belum lagi. Bermakna, semalam mereka masih bergelumang dengan dosa. Begitu cetek pengetahuan agama manusia sekarang, asalkan hati rasa bahagia, semuanya diingatkan sudah halal. Melida rasa tidak senang duduk. Alah, macamlah tidak pernah buat dosa sebelum ini. Sedangkan semasa aku tinggal dengan Hazim, aku buat hubungan intim juga dengan Hafiz!Sengaja Melida ingin sedapkan hati.

1 comment:

  1. MEMAKANKAN BAGAIMANA MENDAPATKAN SUAMI EX ATAU KEMAHIRAN EKAT? RAHARI LEBIH LANJUT DI SINI ADALAH PELUANG ANDA ANDA EMAIL YAKAYATEMPLE@GMAIL.COM ATAU PANGGIL +2347050270227 Saya GOT MINYAK DENGAN SPELL LOVE SANGAT KUASA.

    ReplyDelete