Wednesday 16 February 2011

Bab 6: Suamiku Suri Rumah?


Porche merah berhenti di hadapan rumah Hazim. Lelaki yang berkaca mata hitam keluar dan berpegang tangan menyambut tangan Melida. Sanggup Melida berkelakuan seperti itu di hadapan mata suami sendiri. Hazim melihat dengan anak matanya. Bersabar Hazim...Sabar...Isterimu curang, Hazim, sanggup kah kamu bersabar. Suatu suara memecahkan telinganya. Arghh..suara syaitan yang mengganggu jiwaku untuk aku menceraikan isteriku. Maafkanlah Melida. Dia ada peluang untuk berubah.

“ Micheal, I mengandung...anak you...” Ujar Melida seolah-olah bimbang.

“ You mengandung...anak I?” Pandangan Micheal terus menghala ke hadapan sambil memandu.

“Yer...you akan bertanggungjawabkan?” Soal Melida sambil memandang Micheal.

“ Entah-entah anak orang lain? Anak husband you ker...”

“Micheal!” Melida menekup mukanya sambil teresak-esak mengalirkan air mata.

“ Don’t cry darling...you milik I...” Micheal memegang erat tangan Melida. Melida menyapu air matanya sambil menyandarkan kepalanya pada bahu Micheal.

“ Kita nak ke mana, sayang? I lapar lah...” Ujar Melida manja.

“ Husband you tak masak kat rumah tadi? Kesian you...”

“ Erm...tak selera I nak makan masakan dia...” Kalaulah Hazim dengar jawapan Melida ini, pasti tergores bagai sembilu hatinya.

“ Honey...kita makan di hotel okey...I bawak you makan di hotel...sedap punya...dannnn....” Micheal melirik mata nakal pada Melida. Sekali-sekala Micheal memanggil panggilan darling dan honey pada Melida.

“Hurmm...I know...” Senyuman manja berbalas.

Selepas pasangan haram itu makan bersuap-suapan, mereka berlalu ke bilik di hotel yang agak terkemuka di Kuala Lumpur. Bilik hotel yang amat sesuai untuk pasangan berbulan madu itu menyaksikan segalanya. Lampu ala-ala romantik bercahaya menyinari ruang kamar itu. Dingin sekali suasanya dan menggamit ketenangan buat Melida dan Micheal. Melida menyarungkan baju tidur yang disediakan di bilik hotel tersebut. Micheal mula merapati Melida. Hanya Tuhan yang tahu betapa curangnya Melida pada Hazim. Hazim suaminya yang sah dan lelaki lain pula yang menidurinya. Durjana sungguh wanita ini berkelakuan sonsang dari landasan agama!

“ You sayangkan I kan...”

Yes...for sure I love you...darling...” Jawab Micheal penuh perasaan dan sambil memeluk Melida di atas katil.

“ Sampai bila kita macam ni...?” Soal Melida sambil menyandarkan kepalanya di dada Micheal.

“ I akan kahwin dengan you bila husband you ceraikan, you...dan I mahu lebih dari itu...” Pelukan erat oleh Micheal singgah di tubuh Melida. Hangat pelukan mereka. Sehangat api neraka yang akan membakar, tetapi pandangan mereka sehangat syurga dirasakan.

“ You ni....” Melida seolah-olah memahami Micheal.

Jam menunjukkan pukul 8.00 malam. Setiap kali bertemu pasti mereka akan melakukan hubungan yang haram itu. Entah sampai bilakah Melida akan insaf dan mengerti. Melida mencintai Micheal dengan sepenuh hati. Seolah-olah ruang Hazim bertakhta pada hatinya tidak pernah wujud. Ubat guna-guna apakah yang Micheal telah berikan pada Melida sehinggakan Melida tidak melupakan Micheal sedikitpun. Tangan Micheal mula menjalar pada tubuh Melida. Mereka terus hanyut dengan dosa. Apatah lagi, Micheal bukanlah seagama dengan Melida. Bibir Melida saling bertautan dan mereka terus lemas diulit nafsu yang mereka anggap halal. Berjam-jam mereka kamar itu. Mungkin terus bermalam di situ.

*****

Aulia menangis dengan kuatnya. Jam di dinding telahpun menunjukkan tepat pukul 12.00 malam. Kebiasaanya bayi akan menangis apabila sesuatu yang buruk berlaku. Hazim yang ketika itu sedang membacuh susu anaknya. Botol susu terlepas dari tangannya. Hazim terus mendapatkan Aulia. Sudah terbalik agaknya dunia ini. Sepatutnya ketika ini ibu yang perlu berada di sisi anaknya. Sebaliknya pula berlaku. Badan Aulia tidak pula panas. Sakit perut ke anak aku ni? Ditepuk-tepuk perutnya, tidak pula kembung. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena. Itulah istimewanya anak kecil mudah mengetahui sesuatu yang berlaku. Melida ke mana?Isteriku masih belum pulang lagi. Jam hampir pukul 1.00 pagi. Melida masih diulit dosa bersama Micheal.

“Aulia kenapa nangis ni...shyyyy...tidur ya, anak...” Pujuk Hazim. Aulia merengek-rengek lagi.

“Zim, kenapa Aulia?”

“Entahlah, bonda dari tadi menangis...”

“Biar Aulia tidur dengan bonda malam ni...Zim, rehatlah...bancuh susu Aulia...bawa ke bilik bonda, ya...” Mak Engku Teja memangku Aulia ke bilik tidurnya.

Kesian Aulia, teresak-esak lagi anak ini. Hazim mengemop lantai. Botol susu yang tumpah di lantai. Dibasuh botol susu anaknya dan membancuh yang lain. Fikiran Hazim juga keliru dengan kehidupan ini. Isteri tiada di rumah. Tiba-tiba bermain dalam fikirannya, Aulia ini anak siapa? Arghh...Tidak boleh jadi ni! Selesai menghantar botol susu pada Mak Engku Teja, Hazim mengambil wuduk. Dia ingin solat sunat hajat. Semoga diberi ketenangan pada hatinya dan fikirannya. Air mata tumpah lagi di sejadah. Pemuda beriman pasti diberi ganjaran oleh Allah S.W.T kelak. Hazim percaya sepenuh hatinya. Tiada daya selain memanjatkan doa pada Allah S.W.T.

*****

Melida pulang ke rumah. Derapan kasut tumit tingginya kedengaran. Awal benar Melida pulang setelah menghilangkan diri seharian. Hazim sedang bersolat subuh. Selesai memberikan salam terakhir dan dijeling, jam menunjukkan 6.15 pagi. Hazim meneruskan doa. Setelah selesai, dilipat sejadahnya.

“Mel, dari mana....pagi baru balik...”Tegur Hazim sebagai seorang suami.

“ Rumah kawan.”

“Rumah lelaki?”

“Awak ni pagi-pagi buta nak ajak bertekak ni kenapa?Sudahlah, saya nak tidur!” Jerkah Melida.

“ Solat subuh dulu sebelum tidur!”

“Saya periodlah” Alasan yang selalu didengari Hazim.

“Period!Period!Alasan awak. Saya sebagai suami awak perlu tegur awak, bukan mahu mencari kesalahan awak...”

“Sudahlah!Memekak jer!” Tengking Melida sambil menyelak rambutnya kebelakang.

Mata Hazim terpandang di leher Melida. Bekas gigitan di lehernya. Nafas Hazim mula tercungap-cungap menahan bara kemarahan. Aku sudah tidak tahan dengan isteriku ini, Ya Allah!Tapi aku tidak mahu musnahkan kehidupan yang kami bina ini. Melida curang padaku, Tuhan. Jeritan batin Hazim seolah-olah bergema ke seluruh pembuluh darahnya.

“ Mel, saya sayang awak sepenuh hati saya, tapi...awak curang pada saya...!”

“ Saya curang sebab awak!Saya suruh awak ceraikan saya. Kalau saya buat dosa, itu punca daripada awak!” Kata-kata Melida seolah-olah peluru pistol yang menusuk ke hatinya.

Hazim menampar mulut Melida. Hazim terpana. Tidak pernah tangannya menyentuh tubuh isterinya sebegitu. Melida jatuh terduduk. Semakin hari semakin konflik kehidupan mereka. Apakah Hazim harus melepaskan Melida. Sakit.Sungguh sakit. Aku ingin cuba membimbingnya tetapi aku sungguh tidak ada kemampuan Tuhan. Melida menangis di hujung katil. Tersedu-sedu. Hazim merapati Melida. Melida menepis tangan Hazim. Terdengar ketukan pintu dari luar biliknya. Tentu bondanya menyedari pertengkaran pada pagi itu. Jika pertengkaran ini baik untuk kami, aku redha dan jika tidak baik, ampunkanlah aku, Tuhan. Jerit Hazim di dalam hatinya. Masya Allah.

No comments:

Post a Comment