Wednesday 16 February 2011

Bab 5: Suamiku Suri Rumah?


Perit benar hati Hazim. Bagai disiat-siat. Geram dibibir untuk melepaskan talak pada Melida. Iman yang berbaki membuatkan Hazim masih bersabar. Perbuatan Melida mencabar naluri seorang lelaki. Bahagia itu relatif. Malang sekali keinginan manusia untuk bahagia sering tidak kesampaian.Apakah aku tidak berpeluang bahagia? Tuhan, berilah aku bahagia. Ujian Mu begitu perit! Sering perit kehidupan aku ini. Jangkaan awal mengahwini anak bos sendiri, ingatkan perasaan cinta boleh dipupuk, namun, semuanya seolah-olah dongeng belaka. Hampas kuterima! Mungkin disebabkan kami tidak menyelami dan tidak tahu apa makna bahagia sebenarnya dan tidak tahu bagaimanakah caranya untuk mendapatkannya. Aku cuba sedaya upaya bertahan selama hidup dengan Melida. Namun, episod Melida bersama lelaki tidak dapat Hazim lupakan. Aku tidak sesekali melepaskan Melida. Maafkan Melida?

“ Kau tahu tak aku terpaksa kahwin dengan kau, Hazim!Selama ni aku berpura-pura cinta pada kau!”Tengking Melida lagi.

“ Sudah!Bohong!Dulu Mel pernah cakap pada abang, Mel cintakan abang...tapi hari ni Mel cuba menyatakan kepuraan?”

“ Ya!Aku benci kau! Aku tak cintakan kau. Hati aku pada orang lain!” Melida mula menyeringa. Tengkingannya bergema di segenap ruang rumah.

Suara Melida mengejutkan Auni yang nyenyak di ruang tamu. Mak Engku Teja hanya memandang kelakuan biadap Melida pada Hazim. Sudah menderhaka pada suaminya. Dalam keadaan sebegitu, Hazim masih menelan air liur dan menarik nafas. Dia membiarkan Melida berkata-kata. Lancang sungguh. Kenapa Melida berubah hati? Hazim cuba memegang tangan Melida. Ditepis tangan Hazim sekeras-kerasnya seolah-olah kekerasannya dirasuk. Kejamnya Melida!

“Apakah langsung kamu tidak menghormati suamimu, Melida?” Mak Engku Teja mula bersuara.

“ Bonda, diam!Bonda tak layak masuk campur urusan kehidupan kami. Bonda tahu kan?Saya terpaksa kahwin dengan Hazim?Saya korbankan cinta saya dengan Micheal demi turut arwah mama!”

“Walaupun terpaksa, Hazim dan Mel masih boleh mencari bahagia, nak...” Ujar Mak Engku Teja lembut. Dia berharap menantunya lembut hati.

“Cinta sesekali tidak boleh dipaksa, bonda!Saya berhak bahagia. Bahagia saya dengan Hazim masih dalam erti utopia, ilusi atau angan-angan...bonda...saya tak mampu! Saya mahu Hazim lepaskan saya juga!”

“Mel, kita ada anak...walau tidak ada anak sekali pun, abang akan tetap bersama Mel!”

“ Kau memang memaksa aku, Hazim!Aku akan pastikan kau ceraikan aku!” Panggilan kau dan aku semakin menjadi-jadi. Ugutan Melida semakin serius.

“Saya minta maaf dengan awak, saya tahu awak sibuk dan awak tak mahu melahirkan anak lagi...saya tak paksa awak pun, Mel...saya hanya ajak berbincang sahaja hari tu, sayang...”

“Kauuuu.........!” Teriak Melida.

Melida makin mengamuk. Astaghfirullahalazim. Benar, Mel dirasuk syaitan. Syaitan sering menghasut dan mengapi-apikan kemarahan manusia tatkala manusia itu sudah lupa siapa empunya diri. Tangisan Aulia semakin kuat memenuhi ruang rumah. Melida meluru ke dapur. Ditarik laci dan memegang sebilah pisau. Hazim terkejut. Sungguh terkejut. Melida mengugut dia akan membunuh diri jika Hazim tidak menceraikan dirinya. Subhanallah. Parah!Parah!Hazim mengalir air mata dengan lajunya. Ya Allah Ya Tuhanku. Apakah ini ujian Mu bagiku dalam aku mencari bahagia. Apakah ini suratan kehidupanku pada jalan Mu.Apakah dosa yang begitu besar dan yang aku telah terlepas pandang. Tunjukkanlah kekuasaan Mu, Ya Allah...Tunjukkanlah...Tunjukkanlah.Suara Hazim bergema di dalam rumahnya. Tiba-tiba dengan kuasa Allah S.W.T, Melida jatuh terjelepuk. Pengsan. Jika ini keajaiban Mu, aku redha. Lebih baik Melida pengsan daripada membunuh diri! Mak Engku Teja tergamam. Aulia dipangkunya erat. Sunyi seketika bagai disambar kilat seisi rumah. Hazim segera mendapatkan Melida. Dipangku Melida ke kamar tidur dan terus menghubungi doktor. Melida tertekan agaknya.

*****

Air mata Mak Engku Teja tumpah. Tidak sanggup melihat penderitaan anaknya. Dia berharap semoga cepat berakhir penderitaan yang ditanggung anaknya itu. Hazim percaya, untuk mencari bahagia bukan perkara mudah, namun amat mudah sebenarnya. Keliru dengan kata-kata pegangan Hazim, kan? Mencari bahagia benar-benar melatih hati supaya sentiasa berniat baik dan inginkan sesuatu yang baik. Ya, Melida! Niat pada jalan Allah. Walau aku diuji segetir mana pun, aku akan bersama membimbing Melida. Mungkin dia tidak menghargai aku, namun, aku sandarkan hati ini sepenuhnya kerana Dia Ya, Rabb! Selamatkanlah isteriku...

*****

“Dr. Mardan, bagaimana keadaan isteri saya?” Pertanyaan Hazim singgah ditelinga Dr.Mardan yang sudah biasa merawat Melida sebelum ini. Hazim begitu runsing melihat Melida terlantar.

“Tahniah, En.Hazim. Isteri En.Hazim mengandung sudah dua bulan.”

“ Betul ke Dr. Mardan? Isteri saya mengandung?Alhamdulillah...kuasa Allah...untuk kami sekeluarga...tapi.....err...”

“Ya, En.Hazim...tak percaya ker? Tahniah...Aulia akan dapat adik...lagi enam bulan mungkin...Biarkan isteri En.Hazim banyak rehat, sebab” Dr. Mardan masih mengigati nama Aulia yang juga pernah mendapat rawatan dengan Dr. Mardan sebelum ini. Matanya melirik pada Mak Engku Teja dan juga Aulia yang dipangku Mak Engku.

Mak Engku Teja memegang bahu Hazim sambil tersenyum. Namun, Hazim kelihatan sugul. Setahu Hazim, sudah lama mereka tidak tidur bersama. Sudah dekat 10 bulan lebih. Anak siapa?Anak aku kah? Melida sentiasa di luar. Apabila aku mendekatinya, Melida menolak. Terasa gelap dunia ini. Apakah Melida curang pada aku dan anak itu anak orang lain? Tertekannya jiwa aku ini. Hapuskanlah virus yang bermain dalam fikiranku ini. Getirnya ujian Mu. Andai Melida bersalah dan pernah terlanjur dengan lelaki lain, apakah aku harus melepaskannya? Isteriku menggadaikan dirinya pada orang lain. Aku masih sihat tenaga zahir dan batin. Sanggup Melida curang padaku. Oh, isteriku. Air mata Hazim mengalir deras. Tidak menyedari Dr.Mardan masih di situ.

“En.Hazim...Encik okey ker?”

“Err..saya okey...saya terharu isteri saya mengandung lagi...kami akan dapat anak lagi...”

Senyum dalam tangis yang dibuat-buat. Nasib baik Dr.Mardan seolah-olah memahami perasaan gembira Hazim. Dr.Mardan meminta diri. Bayaran telahpun dibayar pada Dr.Mardan. Dr.Mardan menasihati Hazim agar Melida tidak terlalu kuat bekerja. Kesihatannya harus dijaga. Jiwa Melida dalam tekanan. Namun, tekanan apa....Dr.Mardan tidak mengetahuinya. Dia bukanlah pakar kaunseling, hanya pakar dalam memberi rawatan fizikal dan ubat sahaja untuk pesakitnya. Hanya Hazim yang menelan semua ini disaksikan Mak Engku Teja dan Aulia yang masih tidak mengerti apa-apa. Pilu. Duka. Lara. Semua dirasai. Kenapa rumah tangga mereka seolah-olah bertimpa-timpa dilanda badai. Apa dosa kami, Ya Allah? Perlukah aku memberitahu bonda?Arghhh...tidak boleh. Aku harus berbincang dengan Melida. Mana tahu, perhubungan intim kami secara tidak sedar berlaku ataupun aku terlupa?

*****

“Sakitnya kepala...Aduh...” Melida membuka mata setelah lima jam pengsan.

“Sayang...okey...?” Tanya Hazim lembut yang masih di birai katil.

“ Erm...” Melida menjawab singkat. Badannya masih lemah.

“ Mel pengsan tadi...Dr.Mardan dah rawat Mel...” Hazim berharap apabila Melida membuka mata, dirinya sudah tidak memikirkan permasalahan lalu.

“ Huwekkk...huwekkk...burpppp...” Melida muntah. Muntah dalam tapak tangan Hazim. Hazim memeluk Melida.

Melida dipegang dan ditidurkan oleh Hazim. Begitu prihatin Hazim pada isterinya. Masih tidak tergamak untuk bertanya anak siapa yang Melida kandungkan dan tidak sanggup juga memberitahu bahawa Melida sedang mengandung. Namun, Melida akan tahu juga.

“Mel, bonda dah siapkan nasi bubur...abang suapkan, ya?” Soal Hazim sambil memegang mangkuk nasi bubur.

“ Mel tak ada selera...” Jawapan baik pula oleh Melida. Keliru Hazim.

“ Makanlah sikit...nanti tak ada tenaga...” Sudu bubur menyentuh bibir Melida. Melida menelan suapan perlahan-lahan.

*****

Melida masih di rumah. Kesihatannya beransur pulih. Ketika badannya longlai, Hazimlah yang menguruskan Melida. Mandi, menyalin pakaian dan menyuap makanan. Melida bersiap-siap untuk keluar. Hazim terperasan Melida sedang bersolek cantik untuk keluar rumah.

“Mel nak ke mana?”

“ Ada kerja!” Jawab Melida acuh tidak acuh.

“Mel tak sihat sepenuhnya lagi.”

“Jangan halang saya, boleh?”

“Mel, abang nak bincang sesuatu.”

“ Kalau perbincangan untuk ceraikan saya, saya boleh berikan masa. Jika tak, saya tak ada masa untuk awak” Jawab Melida sambil membetul-betulkan skirtnya.

“ Awak mengandung.” Jawab Hazim sambil duduk di sofa bujang.

“Mengandung?Mana awak tahu?”

“Dr. Mardan rawat awak masa awak pengsan...”

“ Itu yang awak nak, kan? Saya dah mengandung puas hatikan?”

“ Saya meragui, itu anak siapa.” Jawapan singkat dan padat oleh Hazim.

“ Hah? Meragui?” Melida mula ada riak pada bening matanya.

“ Saya sudah lama tidak menggauli awak...dan sudah lebih 10 bulan saya tidak tidur bersama awak...anak yang dikandungkan baru dua bulan. Itu anak siapa?” Hazim mula lancar berbicara. Agak tegas.

Melida meninggalkan Hazim dengan persoalan yang tergantung. Persoalan yang ditanya itu seolah-olah Hazim yang perlu mencari jawapan. Runtun hati Hazim mengenangkan tingkahlaku isterinya yang selama ini amat disayangi dan dicintai. Anak siapa sebenarnya? Melida berlalu seolah-olah tiada perasaan bersalah. Keras hatinya dalam melakukan perbuatan terkutuk itu.

No comments:

Post a Comment