Wednesday 16 February 2011

Bab 4: Suamiku Suri Rumah?


Mak Engku Teja resah. Ke hulu ke hilir di hadapan pintu rumah Hazim. Hazim hanya mengerling dengan anak mata. Hazim buat-buat tenang. Perasaan tidak sedap mula bermain dalam hati Mak Engku Teja. Adakah kehidupan anaknya aman dan bahagia. Mesti ada sesuatu. Kenapa Hazim buat-buat tidak endah apabila Mak Engku Teja bertanya tentang kehidupan dirinya dan Melida. Benar, orang tua tidak boleh ditipu. Lambat laun akan dapat dihidu.

“ Hazim, Mel belum balik lagi? Sudah tiga hari bonda kat sini. Zim ada sorok sesuatu dari bonda?”

“Hah?Apa bonda...?” Hazim tersentak. Sungguh asyik dia melayan hatinya agar bondanya tidak tahu.

“Err..Mel...mesyuarat lagi bonda...”

“Zim, Zim..jangan tipu bonda boleh? Zim....dah tiga hari bonda kat sini...ni dah nak masuk hari keempat...mesyuarat apa ni sampai tidak balik rumah....rumah ni sunyi sepi...Kamu kena tegas, Zim...bonda tengok kamu amik tak kisah...isteri balik ke tidak...apa nak jadi...jadi...” Mak Engku Teja mula panjang lebar memberi kesedaran pada anaknya.

“Bonda dah makan?” Hazim sengaja mengubah topik.

“Zim, berapa kali bonda nak makan....? Tak ingat ke kita sama-sama makan tadi. Hishh budak ni!Kamu jangan nak alih-alih topik.”

“Aulia...anak papa...dadada....dadadada....bonda tengok Aulia ni....ada iras-iras bonda jugak kan bila makin besar...” Senyum Hazim dibuat-buat.

“Dah!Dah!Bonda cakap hal lain, kamu ubah topik tak tentu pasal. Kamu jangan nak berdalih dengan bonda.” Suara Mak Engku Teja semakin keras. Hazim tidak berani lagi.

“Bonda, saya dengan Melida hidup bahagia sangat. Tidak apa yang berlaku dalam kehidupan kami. Cuma saya di rumah, Melida kerja. Saya faham situasi dia bekerja.” Hazim cuba meyakinkan Mak Engku Teja.

“Kalau macam tu...tak apalah, Zim...Bonda Cuma ambil berat tentang kehidupan kamu sekeluarga sahaja. Jangan terlalu memberi Zim, kamu kena tegas...Bonda risau kamu terlalu rileks, Zim...Isteri buat apa...tidak kisah...tak boleh, Zim...orang perempuan kalau lelaki buat tidak kisah tak boleh jugak, Zim...bukan bermakna mengongkong, tapi cuba ambil tahu...”

“Baiklah, bonda...”

*****

“Zim, ada ke ketam di pasar yang bonda kirim tu?” Tanya Mak Engku Teja pada Hazim yang baru pulang dari pasar.

“Tak ada bonda...Hazim ingat hantar barang-barang ni dulu, dan Hazim akan ke Tesco nanti...Lauk-lauk kat sana segar juga. Ketam biasanya ada kat sana. Ok, bonda..Hazim pergi dulu...”

“Zim, bonda ikut? Bonda nak keluar juga...kejap, bonda siap-siapkan Aulia..”

“Baiklah, Zim tunggu dalam kereta...”

*****

“ Segar-segar juga kan, ikan...udang...sotong...ni ha, ketam baru lagi ni, Zim...” Tangan Mak Engku Teja mencapai plastik dan memasukkan ketam ke dalam plastik. Lagipun, sudah berkurang nampaknya lauk-pauk dalam peti ais di rumah Hazim.

“Bonda, kejap lagi kita ke food court yer...kita minum-minum kat sana...Ada satu kedai Tom Yam kat sana...best!” Ujar Hazim sambil mendukung Aulia.

“Ya..nak...” Balas Mak Engku Teja sambil memilih-milih lagi ketam di hadapannya.

*****

Hazim, Mak Engku Teja dan Aulia berada di food court. Jam 12.00 tengahari. Masih tidak ramai orang di situ. Mungkin jam 1.00 tengahari nanti, warga yang bekerja akan keluar untuk makan tengahari. Tom Yam yang dipesan menusuk hidung. Mak Engku Teja menjamu selera bersama anaknya di food court. Lauk-pauk yang dibeli mungkin dimasak untuk makan malam nanti. Sekali-sekala membawa bondanya makan, terisi juga masa bersama bonda kesayangannya. Tom Yam dihirup amat enak. Tiba-tiba Hazim terpandang seseorang.

“Mel....” Suara Hazim bergetar. Sudu di tangan jatuh tanpa disedari.

“Zim, kenapa...? Soalan Mak Engku Teja tidak dipedulikan.

Mak Engku Teja melihat Melida dengan seorang lelaki. Begitu mesra Melida memaut tangan lelaki yang berada di sampingnya. Begitu bahagia mereka.

“Bonda dah agak dah...ada yang tak kena dengan kehidupan kamu berdua. Siapa lelaki sebelah Mel?”

Hazim tidak dapat menjawab persoalan yang diajukan oleh Mak Engku Teja. Dalam fikirannya juga ada persoalan yang sama. Apakah Melida curang dan mengambil kesempatan pada kebebasan yang aku berikan padanya? Hazim bangun dan ke arah isterinya dan lelaki itu. Jika seorang kawan, apakah perlu begitu mesra. Aku cemburu!Ya, aku cemburu! Melida isteriku.

“Mel, ni sapa?” Hazim menyapa Mel.

What brought you here?” Tanya Melida dalam keadaan agak terkejut tetapi dibuat-buat bertenang.

Honey, ni siapa” Tanya lelaki di sebelah Melida dengan manjanya.

“ He is....” Belum sempat Melida menjawab Hazim mencelah.

She is my wife and I,..her husband. And you?” Jawapan Hazim mengerutkan dahi lelaki itu.

“What???? You...Mel...dah kahwin? Kenapa you tak bagi tau I...you cakap you single...” Lelaki itu meraup muka. Gelak ais krim ditangannya ditangannya terjatuh. Lelaki itu berlalu.

“Micheal...please Micheal...please..don’t leave me...” Melida seolah-olah dalam keadaan keliru dan keluh-kesah.

“Mel, balik ke rumah, awak isteri saya, Mel...apakah hukum awak dengan lelaki lain, Mel sedangkan awak isteri saya?”

“Please don’t tell me about hukum...I know! Tolong, ceraikan saya!” Suara Melida meninggi.

Ada anak mata yang memandang mereka berdua. Dari jauh, Hazim melihat bondanya sedang memandang mereka berdua. Hazim bertekad. Dia akan bawa Melida pulang. Tangan Melida ditarik dan dipegang kemas. Bonda seolah-olah memahami. Turut bangun dan ke kaunter untuk bertanya samada makanan telah dibayar atau belum. Hazim telah membayar. Mak Engku Teja membimbit barang-barang yang dibeli sambil memangku Aulia. Kesian Mak Engku dan lagi berserabut melihat anak menantunya dalam keadaan tidak tentu hala. Masing-masing mengharapkan tiada perpisahan berlaku. Semoga kebahagiaan melimpahi kehidupan mereka. Selagi mampu diselamatkan, Hazim sanggup berbuat apa sahaja. Apakah kehidupan Hazim dan Melida akan terus bergolak?Siapa lelaki itu sebenarnya atau hanya permainan Melida sebagai alasan untuk Hazim menceraikannya?

Bersambung...

P/s: Pada akhir surah At-Tagabun, Allah memerintahkan bersikap baik dan pemaaf kepada sesama anggota keluarga tetapi boleh terjadi perpisahan. Pada awal surah ini Allah telah menerangkan aturan penceraian dalam Islam dan masalah idah. Allah juga berpesan agar tidak menganiya mantan isteri setelah dicerai.

No comments:

Post a Comment