Sunday 20 February 2011

Bab 8: Suamiku Suri Rumah?


“Saya mahu awak ceraikan Melida..dia hak saya!”

“Melida masih isteri saya yang sah!Awak masuk ke rumah kami tanpa kebenaran dan menggangu kebahagiaan kami!Lebih baik awak keluar sebelum saya ambil tindakan…!”

“Saya tak akan keluar selagi awak tidak ceraikan Melida malam ni juga!”

Hazim mula panas cuping telinga. Rupanya Micheal ke rumah untuk memaksa Hazim menceraikan Melida. Patutlah bondanya menyuruh Hazim pulang dengan segera. Hazim cuba menyorok permasalahan ini daripada bondanya, namun akhirnya diketahui juga. Mengalir air mata seorang ibu. Rupanya cucu yang disayangi dan dibelai selama ini bukanlah generasinya. Bayi itu langsung tidak bersalah. Terkebil-kebil mata Aulia yang sedang menghisap botol susu di pangkuan Mak Engku Teja. Melida hanya duduk di kerusi dan membiarkan Hazim dan Micheal berurusan. Micheal begitu kasar pada Hazim. Sudahlah masuk rumah orang dengan sewenang-wenangnya, mahu mengambil isteri orang pun sewenang-wenangnya!

“Baiklah, saya melepaskan Melida binti Mansor dengan talak satu…” Terketar-ketar Hazim melafazkannya.

“Hazim!” Mak Engku Teja bersuara.

“Bonda, Hazim terpaksa lakukan semua ini. Bonda akan faham juga suatu hari nanti.” Ujar Hazim dalam kepiluan.

“Jom, sayang…”Micheal menarik lengan Melida untuk berlalu.

Bagasi Melida ditarik oleh Micheal dan mereka berlalu keluar dari rumah itu. Melida mengambil Aulia dari pangkuan Mak Engku Teja. Aulia mula merengek. Mereka bertiga berlalu. Belum sempat Hazim ingin mencium Aulia. Walaupun kebenarannya Aulia bukanlah anak Hazim yang sebenarnya, namun Hazim merasai bahawa Aulia seperti darah dagingnya. Air liur ditelan perlahan-lahan dan terasa begitu pahit di anak tekaknya.

Hazim mengalir air mata melihat Melida dan Micheal serta Aulia berlalu meninggalkan rumah. Begitu deras air mata jantannya mengalir. Ujian Allah S.W.T ini aku terima dan aku telan. Andai ini menjadi suratan kehidupanku, maka aku redha dan yakin sepenuhnya terhadap Allah S.W.T. Mak Engku Teja seolah-olah tidak percaya terhadap perkara yang berlaku. Hazim menghubungi bekas mertuanya, Datuk Mansor.

“Assalamualaikum, papa…”

“Waalaikumussalam…Zim…Lama betul Zim tak telefon papa…”

“Papa, Hazim nak khabarkan pada papa, Hazim dan Melida sudah berpisah…” Suara Hazim tersekat-sekat.

“Apa???Kenapa boleh jadi begitu?”

“Melida sudah pergi bersama Micheal…”

Talian terus terputus. Hazim pasti, bekas mertuanya tidak dapat menerima dan terkejut peristiwa ini berlaku. Apakan daya, cinta Melida dan Micheal terlalu kukuh dan tiada yang boleh memisahkannya. Hazim redha dan mendoakan kebahagiaan Melida bersama Micheal.

*****

“Papa, Mel dah kahwin dengan Micheal…Micheal dah seislam dengan kita…” Ujar Melida penuh pengharapan agar papanya menerima Micheal.

“ Papa tidak sesekali meredhakan perkahwinan kamu berdua…!Mel, kamu telah menghancurkan amanat arwah mama kamu!Dasar anak derhaka!”

“Papa!!!!” Melida menangis teresak-esak dan bersujud di kaki Datuk Mansor.

“Kau, pergi!Jangan datang lagi ke rumah ni!Kamu kahwin dengan izin siapa?”

“Kami berkahwin di…..”

“Sudah!Aku tak mahu dengar lagi…kau pergi…!”

Hafiz Abdullah adalah nama baru Micheal. Micheal memimpin tangan Melida untuk keluar dari rumah itu. Hafiz terfikir kenapa susah benar cinta antara dia dan Melida?Kenapa begitu ramai yang menghalang sedangkan, cinta antara dia dan Melida bukan atas dasar permainan perniagaan. Malah, semuanya antara pergelutan perniagaan antara ibu bapa mereka sahaja. Mereka bukan mangsa untuk mencari bahagia cinta!Aulia menangis. Mungkin anak kecil itu terkejut dan anak kecil yang tidak mengerti apa-apa itu telah menyaksikan segala-galanya. Mungkin kini dia tidak mengerti, tetapi mungkin akan memberi kesan pada dirinya kelak. Amat menyedihkan si kecil ini pula yang menjadi mangsa kehidupan. Rumah besar milik Datuk Mansor ditinggalkan. Mungkin Melida tidak akan menjejakkan kaki lagi ke rumah itu. Hafiz memandu laju kereta porche nya. Melida berendam air mata atas peristiwa yang terjadi. Sedih kerana papanya sendiri yang tidak merestui perhubungan mereka berdua.

*****

“Hafiz, badan Aulia panas ni…kita pergi klinik”

“Sayang, you bagi lah ubat…”

“I tak tahu…macam mana nak jaga dia…ubat apa I kena bagi…”

“Ubat panadol tu pun boleh…dalam first aid tu ada…bisinglah budak ni…!”

“Macam mana ni…”

“You ni bengap betullah…!”

“Hah?You kata I bengap..sebelum ni tak pernah you cakap macam tu!”

“I mengantuklah…bawak anak you tidur di luar…menangis jer budak ni!”

“Aulia anak you jugak tau!Anak kita…you tak ingat?”

“Ya lah..Ya lahh…” Bantal ditelangkupkan di telinga Hafiz.

Melida begitu kekok menjaga Aulia. Baru dua hari! Susahnya menjaga budak kecil ni…Ikutkan hati nak sahaja aku picit-picit budak ni. Macam mana Hazim boleh jaga budak ni!

“You hantar sahajalah budak ni di rumah Hazim. You upah dia…dia dah biasa dengan Hazim kan?Nanti you nak kerja pun susah, nak layan I pun susah!”

“Hafiz!Sampai hati you cakap budak ni macam tu… kesian dia…” Ujar Melida sambil mendukung Aulia. Terasa lenguh tangannya.

“Baru sekarang you ingat anak ya…” Ujar Hafiz dalam nada bergurau.

Gurauan Hafiz amat menusuk kalbu. Melida bercadang untuk mengupah Hazim menjaga Aulia. Terasa malu pula. Namun, terpaksa. Jika tidak, dengan siapa Aulia akan tinggal?Lagipun, pasti mahu menjaga Aulia, kerana sumber pendapatannya juga. Setelah Aulia tertidur dalam esakan, Hafiz menarik lengan Melida. Memang Hafiz ni jantan tidak berguna! Dia menganggap perempuan adalah untuk tempat tidur sahaja. Bukti cinta mereka adalah cinta dunia semata-mata.

*****

“Bonda, Zim teringat pada Aulia lah, bonda…”

“Zim, sabarlah Zim…bonda faham…Aulia pun dah macam cucu bonda…bonda tak sangka rupanya Aulia bukan darah daging kau, nak…”

Hazim memeluk Mak Engku Teja. Hasrat untuk Mak Engku Teja pulang ke kampung terhenti. Mungkin Hazim perlukan seseorang ketika ini untuk mendengar luahan hatinya. Kesusahan hatinya ditanggung sendiri selama ini. Biarlah, Hazimlah satu-satunya anak Mak Engku Teja. Semalam, Hazim termimpi-mimpi Aulia memanggil namanya. Walhal Aulia bukanlah pandai bercakap lagi…Hazim termimpi dalam mimpinya Aulia memanggilnya babah. Jiwa kebapaannya begitu menusuk di hati Hazim. Hazim terasa pilu sekali. Namun, dia hanya berserah pada Allah S.W.T atas perjalanan hidupnya ini. Melepaskan Melida tidak bermakna dia tidak menyayangi bekas isterinya itu. Cuma, biarlah Melida pergi demi kebahagiaan dirinya.


2 comments:

  1. ssalam eja nak tanya soalan kt abg ben klik la kalau setuju http://menulisdenganhati.blogspot.com/2011/04/nak-tanya-soalan-kt-ben-ashaari-kalau.html

    ReplyDelete
  2. errr?abg ben mana?ni blog akak dik...bukan ben ashari...huhu...

    ReplyDelete